Friday, June 4, 2021

segalanya hilang

Hilang...
Dari mana nak mula
Segala ku genggam tak ada lagi
Jalan mana ku lalu tadi
Ingatan jadi alpa
Tapak ke berapa ku langkah tadi
Jeritan tak dengar lagi
Suara tak kedengaran lagi
Kelibat makin hilang dalam debu
Mana hilangnya ye
Senyum pun takde guna lagi
Mata meliar tak tentu arah
Badan selalu mengiggil
Kat sapa nak bagitau ye
Ku tahu ada yang nampak akan aku
Tapi aku sering melupaikanya
Dalam sungguh tikaman ni ya
Rasa sakit yang tak berdarah
Luka yang tiada parut
Sampai bila nak jadi camni ye
Kesan tikaman makin dalam
Semakin jauh sampai ke hujung
Nak ku tarik tak mampu
Nak dibiar semakin sakit
Bukan ku mahu putus asa
Tapi sakit yang buat ku putus asa
Disuruh lawan
Tak terdaya lagi nak melawan
Ku gagahkan juga semangat utk terus berjalan
Jauh atau dekat takkan dapat aku tau
Akan terus aku lalui



Salam persaudaraan
Aradoqx

No comments:

Post a Comment

QUO

  D alam situasi sekarang ni banyak yang perkara yang berlaku,terutamanya isu politik.ya bag semua yang pham tentang ini pasti akan merungka...